BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 9, 2012

post...


~ Aku Hanya Lelaki Biasa ~

Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata kepada bakal isteriku, yang aku sendiri masih dalam mencarinya.

Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..

Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.

Wahai bakal isteriku, wanita yang tak pernah kuketahui siapa engkau,

Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku menjadi imammu dan kau makmumku.

Wahai bakal isteriku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku,

Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh kerinduan pada Allah dan RasulNya. Satu ayat pun cukup. Kerana, setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata, rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.

Tahukah kau bahwa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai indahnya.

Wahai bakal isteriku,

Sekelumit inginku, keinginan sederhana keinginanku sebagai lelaki yang biasa-biasa sahaja. Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani rumah tangga dengan kesyukuran kelak.
Kau cerminku, aku pun cermin mu. Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan lelaki dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku. Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu

Wahai bakal isteriku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,

letih rasanya pencarian ini, seperti keletihanmu untuk menantiku menemuimu. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha menjadikan ahlak ini bolwh dan mampu kau pandang dengan sesederhananya. Memang tak sebaik lelaki yang kau kenal kesolehannya tetapi aku akan berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.

Wahai bakal isteriku,

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga kita saling menemukan.
Sampai disini sementara coretan ini buatmu. Luahan dariku lelaki yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana. Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang benar
Penuhkanlah muara hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar-benarnya tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan Agama-Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal Alamin..



hmm...

lelaki seperti ini ada kok, hanya jumlah na sedikit...
Jangan cuma menutut lelaki yang baik, sedangkan diri ini enggan memperbaiki diri
So, buat cewek-cewek NEVER GIVE UP...!
Let Go TOBAT :D
SEMANGAT...SEMANGAT...SEMANGAAATT...

Sunday, January 8, 2012

Kisah teladan Islam


Penuh Hikmah


1. MenmpaKkan sebagian anggota tubuh di hadapan lelaki yang bukan mahram.

2. Menampakan perhiasannya,baik semua atau sebagian.

3. Barjalan dengan lenggang lenggong yang yang dibuat-buat

4. Mendayu-dayu bila berbicara dengan lelaki bukan mahram.

5. Menghentakkan kaki untuk memperlihatkan perhiasan yang tersembunyi.



Bersolek dan berdandan merupakan fitrah bagi wanita pada umumnya,Jika bersolek di 

hadapan suami,orang tuaatau rakan-rakan sesama wanita,maka hal itu 

dibenarkan.Namun,wanita sekarang umumnya bersolek dan menampakan sebahagian 

anggota tubuh serta perhiasan di tempat-tempat umum.Padahal di tempat-tempat

umum itulah terdapat ramai lelaki bukan mahram yang memerhatikan mereka serta 

keindahan tubuh yang ditonjolkannya.Keadaan seperti itulah yang disebut dengan tabaruj 

model jahiliyah.



Di zaman sekarang,keaDaan ini merupakan hal yang sudah dianggap biasa,padahal Allah 

Ta'ala dan Rusulullah S.A.W. Mengharamkan perkara yang sedemikian.



Allah Ta'ala berfirman;

''Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu,dan janganlah kamu berhiasa dan 

bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah 

dahulu.....''(Al-Ahzab:33)



Abu Hurairah r.a berkata,bahwa Rasulullah S.A.W. Telah bersabda;

''Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.Sekelompok orang 

yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang di gunakan untuk mencambuk manusia, 

dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Mereka berjalan 

melenggang-lenggong,kepada mereka seperti tengkuk unta yang gila.Mereka tidak akan 

masuk syurga dan tidak boleh mencium baunya.Sesungguhnya bau jannah tercium jarak

 dari jarak sekian dan sekian....''( Hadis Riwayat:muslim).


Semoga bermanfaat,

Keep istiqomah ^__^

Salam santun dan ukhuwah fillah ^__^

Saturday, January 7, 2012


Thursday, January 5, 2012

Aurat mu


Wednesday, January 4, 2012

Dimana Letaknya 
"CINTA WANITA" ??


Tuesday, January 3, 2012

Amalan....^_^.....



Sunday, January 1, 2012

"CINTA KEPADA ALLAH S.W.T"

"TIADA CINTA YANG LEBIH BESAR DARIPADA MUSIK"

bagi paee ini salah!! >.< ada cinta yang lebih besar daripada musik.. korang nak tahu cinta apa?

"CINTA KEPADA ALLAH S.W.T"



cinta ini merupakan cinta teragung bagi semua umat ISLAM. setakat musik je 2. huhu. tapi kalau ada yang betul2 gila musik. dia setuju dengan tajuk entry  kali ni. korang amcm..? korang setuju dengan tajuk ni or tak? 

sedarlah wahai manusia. kita ni hanya ciptaan Nya. bukan siapa2 pun. jangan nak bangga sangat dengan harta yang korang ada.. jangan nak bangga sangat dengan kecantikan fizikal korang. =) kalau nak bangga 2 bleh. tapi bangga dengan cara yang betul. 

kita merupakan manusia zaman2 terakhir. =') perbanyakkan berdoa agar sentiasa di jauhi perkara2 kemaksiatan. dan berdoa agar diampunkn segala2 dosa2 yang korang pernah lakukan. jangan lupa juga doakan IBU, BAPA, KELUARGA dan UMAT ISLAM.

thanks sudi baca entry paee! =) ~ huhu